Presiden Nike Inc Trevor Edward

NEW YORK- Presiden Nike Inc’s, Trevor Edwards meletakkan jawatan dan akan bersara pada Ogos ini, kata seorang jurucakap syarikat itu pada Khamis.

Terdahulu, Wall Street Journal yang memetik memo dalaman melaporkan, sejak beberapa minggu lalu, Nike telah menerima beberapa laporan mengenai “perangai” yang tidak sejajar dengan nilai teras inklusiviti syarikat dan sikap hormat –menghormati berlaku di dalam organisasi berkenaan.

“Terdapat perkara yang dilakukan tidak selari dengan nilai utama Nike dan bertentangan dengan kod perilaku syarikat,” kata jurucakap berkenaan namun tidak menuduh Edward melakukannya.

“Kami telah mendengar rungutann tersebut, kami telah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata beliau lagi.

Edwards sekarang akan bertugas sebagai penasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Nike, Mark Parker sehingga hari persaraannya, kata jurucakap itu.

Tambahnya, bekas Presiden Nike Geographies, Elliot Hill akan mengambil alih tugas baharu sebagai presiden pelanggan dan pasaran.

Parker akan kekal sebagai ketua eksekutif dan pengerusi sehingga 2020.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast