JAKARTA – Bank Rakyat Indonesia (BRI) memaklumkan siasatan yang dibuat berhubung kehilangan wang seorang pemegang akaunnya bukannya disebabkan kecurian.
Sebaliknya, wang itu dikeluarkan oleh isteri kepada pengadu.
BRI berkata, bank itu bertindak menghubungi Lukas selepas melakukan siasatan dan pengadu mengakui isterinya telah mengeluarkan wangnya.
“Ini merupakan kes kekhilafan komunikasi sehingga menyebabkan pengadu beranggapan dia telah menjadi mangsa penipuan,” kata Setiausaha Korporat BRI, Bambang Tribaroto.
Rabu lalu, Tempo.com melaporkan Lukas membuat laporan kehilangan lebih 35.5 juta rupiah (kira-kira RM11,200 ) dari akaunnya.
Lukas membuat laporan itu selepas mendengar berpuluh-puluh pelanggan BRI yang mendakwa kehilangan wang dalam akaun mereka.
Pengadu yang bekerja di Malaysia menghubungi keluargannya dan meminta abang beliau memeriksa baki akaun dengan menggunakan kad ATM yang tinggalkan.
Abangnya mendapati akaun Lukas hanya berbaki 300,000 rupiah (kira-kira RM85). – MalaysiaGazette