Home Dunia Sri Lanka tarik balik perintah berkurung

Sri Lanka tarik balik perintah berkurung

Askar Sri Lanka berkawal di hadapan sebuah rumah yang dibakar selepas berlaku keganasan antara penduduk Buddha dan Islam. foto Reuters

COLOMBO – Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena menarik balik perintah berkurung di seluruh negara selepas ia dilaksanakan sejak 6 Mac lalu ekoran berlaku pertempuran antara penganut Buddha dan Islam.

“Selepas menilai keadaan keselamatan awam, saya mengarahkan untuk membatalkan perintah berkurung dari tengah malam, semalam,” kata Sirisena menerusi Twitternya.

Beliau mengisytiharkan perintah berkurung untuk mengekang keganasan selepas penduduk Buddha dan umat Islam bertempur di daerah Pulau Kandy.

Dua orang terbunuh dan beratus-ratus harta milik Islam dan lebih daripada 20 buah masjid rosak, ekoran kejadian itu. – MalaysiaGazette