Pengerusi Glitzkoin, Datuk Seri Navneet Goenka (kanan) bersama pakar permata, Olga Rosina menunjukkan antara permata yang terdapat di kedainya Ceres selepas sidang media Glitzkoin - The Superiro Blockchain with Cryptocurrency di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 MAC 2018.

KUALA LUMPUR – Firma perlombongan berlian terbesar dunia, Alrosa dari Rusia tampil dengan projek Glitzkoin yang membolehkan pengeluar, penjual dan pembeli menggunakan matawang digital dalam transaksi perdagangan barangan perhiasan tersebut.

Platform Glitzkoin yang pertama seumpamanya di dunia melibatkan industri berlian ini, membolehkan aktiviti pembelian dan penjualan barangan permata dilakukan dengan lebih berkesan tanpa pembabitan orang tengah sekali gus mengurangkan kos.

Pakar berlian berpengalaman dari syarikat itu, Olga Rosina berkata, pihaknya teruja dengan projek berkenaan.

“Pasaran industri berlian memerlukan pembaharuan. Teknologi blockchain boleh menyelesaikan ketidakcekapan selama berpuluh-puluh tahun,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Glizkoin, Datuk Seri Navnet Goenka yang juga pemilik butik Ceres.

Platform Glitzkoin boleh mengurangkan kos pengangkutan, meningkatkan tranparensi, tidak melibatkan orang tengah serta boleh melipat gandakan keuntungan.

Menerusi Glitzkoin, penjual boleh terus berhubung dengan pembeli sekali gus memudahkan urusan pembelian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast