Home Nasional Rozita tidak larikan diri – peguam

Rozita tidak larikan diri – peguam

Rozita Mohamad Ali (kiri). foto : Change.org

PETALING JAYA – Datin Rozita yang mengaku bersalah melakukan penderaan ke atas pembantu rumah Indonesia tidak melarikan diri, menurut peguamnya.

Datuk Rosal Azimin Ahmad yang mewakili Datin Rozita Mohamad Ali, 44, berkata, wanita itu telah pulang ke kampung untuk menjalani perubatan dan menutup telefon bimbitnya, menurut laporan Th Star.

“Beliau mahukan masa. Sebab itu dia tidak dapat dihubungi.

“Dua hari lalu, dia menghubungi kami semula dan kami sudah menguruskan notis pendengarannya untuk diserahkan kepadanya di pejabat kami,” katanya.

Dilaporkan usaha untuk menyerahkan notis kepada Rozita dan penjamin dibuat sehingga malam Selasa lalu.

Kedua-duanya gagal menghadiri prosiding mahkamah untuk semakan semula hukuman yang diadaka pada hari Rabu.

Ditanya, sama benar wanita itu merupakan seorang datin, Rosal Azimin berkata, setakat yang diketahui, Rozita memegang status tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas panjang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis tidak pernah menekankan Rozita adalah seorang datin.

“Setakat yang kami maklum, kami tidak pernah memaklumkan beliau adalah datin,” katanya sambil memberitahu Rozita mengetahui tentang notis untuk hadir ke mahkamah.

“Jika dia tidak muncul di mahkamah (pada 29 Mac), kami akan menunggu keputusan atau arahan mahkamah,” ujar beliau.

Pada 15 Mac lalu, Rozita dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumahnya, Suyanti Sutrinso, 21.

Beliau didakwa mendatangkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman selepas Rozita menukar pengakuan bersalah setelah pertuduhan pindaan terhadapnya dibacakan.

Beliau didakwa mendatangkan kecederaan parah terhadap pembantu rumah itu dengan menggunakan sebilah pisau, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju di sebuah rumah di Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, di sini, antara jam 7 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Jun 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. pangkat darjat tidak bergantung pada akhlak dan budi bahasa. ada pengaruh ada harta benda pandai menyugok dapatlah pangkat kebesaran . lepas tu menjadi raja lebih daripada rajalah

Comments are closed.