Home Dunia Polis cedera diserang dengan pedang

Polis cedera diserang dengan pedang

Lelaki yang menyerang anggota polis dengan pedang berjaya ditahan. foto The Telegraph

MANCHESTER – Seorang anggota polis cedera selepas diserang dengan pedang, dekat sini.

Mangsa dikejar ke hospital selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

Serangan yang disifatkan berniat jahat itu berlaku di Whalley Range menyebabkan anggota polis itu mengalami luka pada wajah dan bahu.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki memiliki pedang yang digunakan untuk membelasah dan menyerang seorang pegawai polis.

Polis bertindak balas terhadap laporan orang ramai itu kemudian bertindak mengepung beberapa laluan di kawasan sekitar untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast