SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un telah melawat China susulan pelawaan Presiden negara itu, Xi Jinping dan mengadakan sidang kemucak yang pertama, kata media milik kerajaan hari ini.

Pemimpin Korea Utara itu diiringi isterinya, Ri Sol-ju dan pegawai parti, Choe Ryong-hae melakukan lawatan ‘tidak rasmi’ ke China pada Ahad lalu hingga hari ini, menurut stesen radio Korea Utara, lapor agensi berita, Yonhap.

Ia merupakan lawatan luar negara Jong-un yang pertama selepas memerintah Korea Utara pada akhir 2011.

Sidang kemucak pertama dengan Jinping itu dilakukan sebelum Jong-un merancang bertemu pemimpin Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi.

Hubungan antara Korea Utara dan China sedikit tegang berikutan pelaksanaan program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.

Media membuat spekulasi bahawa pemimpi Korea Utara itu melawat China pada Ahad lalu apabila melihat keretapi khas yang membawa pegawai atasan Korea Utara tiba di China dengan kawalan ketat dilakukan.

Kunjungan Jong-un ke China dilakukan ketika sidang kemuncak dengan Presiden Moon Jae-in dirancang pada akhir April selain cadangan pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump pada Mei.

Agensi berita China, Xinhua berkata, Jinping ‘mengalu-alukan kedatangan’ Jong-un dan berkata hubungan Beijing dan Pyongyang adalah ‘berharga bagi kedua-dua belah pihak’.

Jong-un dipetik berkata bahawa pemimpin Korea Utara itu berpendapat beliau perlu memaklumkan sendiri kepada Jinping keadaan di Semenanjung Korea kerana ‘persahabatan dan tanggungjawab’. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast