Home Dunia Lebih 60 terbunuh dalam rusuhan di balai polis

Lebih 60 terbunuh dalam rusuhan di balai polis

Ahli-ahli keluarga tahanan yang menunggu di luar perkarangan balai polis di Venezuela. foto Agensi

VALENCIA – Berpuluh-puluh orang dikhuatiri mati selepas rusuhan dan kebakaran di sel balai polis Venezuela.

Ketua Polis Negeri, Jesus Santander berkata, doktor-doktor forensik sedang menentukan bilangan kematian.

Seorang anggota polis ditembak di kaki dan berada dalam keadaan stabil.

Manakala anggota bomba berusaha memadamkan api, katanya.

Media Venezuela melaporkan kemungkinan kematian melibatkan lebih 60 orang.

Penjara di Venezuela amat sesak dengan banduan, selain senjata dan dadah.

“Terdapat bandan di bawah tanah penjara … dan pihak berkuasa tidak tahu mereka wujud kerana mereka tidak berani masuk,” kata Humberto Prado, seorang aktivis hak asasi penjara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast