Home Dunia Gempa kuat melanda Pulau New Britain

Gempa kuat melanda Pulau New Britain

SYDNEY – Gempa bumi kuat dengan 6.9 magnitud melanda Kepulauan New Britain, di luar pesisir Papua New Guinea, menurut Suruhanjaya Geologikal Amerika Syarikat.

Gelombang tsunami yang berbahaya diramalkan berlaku di beberapa laluan pantai.

Gempa melanda kedalaman cetek 10 kilometer (kira-kira 16 kilometer), sekitar 162 kilometer dari bandar Rabaul, di Pulau New Britain.

Ia melanda berhampiran pantai sekitar 7.25 pada hari Jumaat (21:25 GMT pada hari Khamis).

Tidak ada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan mangsa.

Negara ini masih lagi dalam proses pemulihan akibat gempa bumi dengan 7.5 magnitud pada 26 Februari lalu.

Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya 100 orang terkorban di daerah Enga – yang mana menyaksikan seluruh kampung terjejas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast