Home Dunia Presiden Sisi menang besar

Presiden Sisi menang besar

Abdel Fattah el-Sisi . foto The Guradian

KAHERAH – Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi memenangi kemenangan besar apabila memperoleh 92 peratus undi.

Sejumlah 41.5 peratus pengundi yang keluar mengundi berbanding 47 peratus pada pilihan raya pada tahun 2014.

Sejumlah 25 juta daripada 60 penduduk negara itu mendaftar sebagai pengundi.

Media-media tempatan melaporkan, Sisi mendapat 21.4 juta undi berbanding Moussa Mostafa Moussa 721,000 undi atau tiga peratus sahaja, kurang sedikit daripada undi rosak.

Keputusan awal pilihan raya itu berdasarkan jumlah kiraan di 24 daripada 27 gabenor.

Laporan dan keputusan penuh pilihan raya presiden itu dijangka diperoleh pada Isnin ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast