MOSCOW – Rusia telah mengusir 60 diplomat Amerika Syarikat dan menutup konsulat di St Petersburg dalam tindak balas terhadap tindakan Washington.
Menteri Luar Rusia berkata, negara-negara lain yang telah mengusir diplomat Rusia juga bakal berhadapan dengan tindakan sama.
Beberapa negara telah mengusir diplomat Rusia sebagai tanda sokongan kepada Britain yang berbuat demikian susulan kes serangan agen saraf ke atas bekas perisik, Sergei Skripal dan anaknya, Yulia, 33.
Dua beranak itu ditemui tidak sedarkan diri di bangku di sebuah pusat beli-belah di Salisbury, London pada 4 Mac lalu.
Kerajaan Britain telah meminta Rusia bertanggungjawab atas serangan itu.
White House berkata, tindakan Rusia mengusir diplomatnya sebagai “tidak dijangka”, memperlihatkan ketegangan hubungan antara Washington dan Moscow.
Skripal, 66, dan Yulia telah diberi rawatan sejak serangan itu. Skripal masih kritikal tetapi Yulia sudah sedar diri.
Lebih 20 negara telah mengusir diplomat Rusia sebagai soladariti dengan United Kingdom, termasuk Amerika Syarikat yang mengarahkan 60 diplomat Rusia meninggalkan negara itu.
Amerika Syarikat turut menutup pejabat konsulat di Seattle. – MalaysiaGazette