Home Dunia Yulia sudah sedar

Yulia sudah sedar

Yulia Skripal

LONDON – Yulia Skripal, anak kepada bekas perisik Rusia yang diserang dengan agen saraf sudah keluar daripada keadaan kritikal.

Dia dan bapanya, Sergei Skripal diberi rawatan di hospital sejak empat minggu lalu selepas terdedah dengan agen saraf di Salisbury.

BBC difahamkan, Yulia sudah sedar diri dan boleh bercakap.

Tetapi bapanya masih kritikal tetapi dalam keadaan stabil.

Hospital daerah Salisbury berkata, Yulia memberi maklum balas baik dan akan terus menerima penjagaan pakar 24 jam sehari.

Bagaimanapun, tiada ada status tentang tahap kesihatan jangka panjang yang akan dialami oleh Yulia.

Sementara itu, polis masih mengepung kawasan permainan kanak-kanak di Montgomery Gardens berhampiran kediaman Skripal.

Dua beranak itu dimasukkan ke hospital pada Mac lalu selepas mereka terjatuh di bangku pusat beli-belah di Maltings di Salisbury.

Hasil siasatan mendapati Yulia dan Skripal terkena serangan agen saraf di kediaman mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast