Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan replika kad Pinjaman Mikro E-Dagang kepada wakil penerima sambil diperhatikan Pengasas Pinjaman Mikro E-Dagang, Tan Sri S.P. Lim (tiga kiri) pada Majlis Pelancaran Pinjaman Mikro bagi Tujuan E-Dagang untuk Usahawan Muda di Wisma Huazhong Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2018.

SERDANG – Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta bagi pelaksanaan program Mikro Kredit E-Dagang untuk golongan muda Cina berumur antara 18 hingga 45 tahun.

Pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu
dengan harapan ia akan memudahkan golongan sasaran mendapat modal awal perniagaan yang sebelum ini terhalang akibat beberapa faktor antaranya syarat ketat bank.

“Saya berharap melalui inisiatif Mikro Kredit E-Dagang ini kita mampu mencapai hasil hebat dalam masa singkat da-lam sekurang-kurangnya tiga perkara utama.

“Pertama menggalakkan kewujudan usahawan berasaskan teknologi dalam kalangan golongan muda, kedua menambah baik kualiti hidup golongan muda khususnya dalam hal pendapatan dan kualiti kehidupan.

“Dan yang ketiga, menggubah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tradisional supaya kekal kompetitif dan releven, selain membantu produk luar bandar memasuki pasaran global,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Mikro Kredit E-Dagang di sini hari ini.

Menurut Najib, kerajaan mengikitraf sepenuhnya mengiktiraf kepentingan e-dagang dan digitalisasi untuk masa depan negara.

Disebabkan itu katanya, kerajaan menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia dengan negara China bagi ujuan untuk memanfaatkan pertumbuhan ekonomi dan e-dagang yang meluas.

Tambah beliau, langkah itu dijangka membawa pulangan bernilai USD65 bilion serta mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung menjelang 2025.

Perdana menteri berkata, Pertumbuhan eksport barang-barang perniagaan kecil sederhana juga turut disasarkan kepada dua kali ganda pada tahun 2025 kerana atas inisiatif tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast