NEW DELHI – Polis melancarkan gerakan memburu seekor monyat yang didakwa melarikan seorang bayi, yang kemudiannya ditemui dalam perigi di Orissa.
Ibu kepada bayi berkenaan nampak kejadian iku tetapi gagal menyelamatkan anak lelakinya.
Bayi itu kemudian ditemui oleh saudaranya di dalam telaga belakang rumah, sehari selepas dia dilarikan oleh monyet tersebut.
Polis menyifatkan kejadian itu sebagai sangat jarang berlaku meskipun kumpulan haiwan berkenaan kerap di tangkap di kawasan tersebut kerana merosakkan barangan orang ramai.
“Kami harap dapat menangkap monyet itu pada minggu ini. Serangan monyet ke atas kediaman penduduk mencari makanan adalah perkara biasa tetapi membawa lari bayi merupakan kes pertama,” kata pegawai polis tempatan.
Bayi berkenaan telah dibawa untuk rawatan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius. – MalaysiaGazette