KUALA LUMPUR – Atlet angkat Berat negara, Muhd Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad yang diletakkan sebagai prospek emas negara menepati ramalan pada hari pembukaan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Muhd Azroy memenangi pingat emas dan memecahkan rekod kejohanan bagi kategori 56 kilogram dengan mengangkat angkatan 117 kilogram bagi kategori Snatch.

Malah lebih mengembirakan Muhd Azroy juga telah memecahkan rekod kejohanan dengan berjaya mengangkat keseluruhan 161 kilogram Clean and Jerk.

Pingat Perak menjadi milik India apabila penyandang emas temasya empat tahun lalu, Gururaja gagal mempertahankan emasnya da terpaksa akur dengan kehebatan atlet Malaysia dan gangsa dirangkul oleh atlet Sri Lanka.

Azroy juga memecahkan rekod yang pernah dicipta atlet negara Amirul Hamizan Ibrahim di Manchester 2002 dengan keseluruhan 260 kilogram Clean and Jerk dan juga 116 kg dalam Snatch yang dicapai pada temasya di New Delhi pada 2010. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast