Home Dunia 4 maut dalam serangan di universiti

4 maut dalam serangan di universiti

Polis mengawal di luar kawasan Universiti Osmangazi selepas empat kakitangannua ditembak mati. foto Agensi

TURKI – Seorang lelaki menembak mati empat kakitangan Universiti Osmangazi di Eskisehir.

Mereka yang terbunuh adalah timbalan dekan, setiausaha fakulti dan dua orang pensyarah.

Manakala tiga lagi cedera dalam serangan itu.

Lelaki yang dikenali sebagai Volkan B, dipercayai seorang petugas di universiti itu bagaimanapun berjaya ditahan selepas dia cuba melarikan diri.

Motif serangan masih disiasat memandangkan polis sedang menjalankan siasatan.

Rektor universiti berkenaan, Hasan Gonen berkata, suspek yang merupakan seorang penyelidik di pusat pengajian itu seorang yang bermasalah dan sedang disiasat kerana menghina secara lisan kakitangan universiti akibat masalah psikologi.

Ada juga laporan menyatakan suspek kecewa dengan rakan-rakan sekerja yang dikatakan anggota kumpulan yang terlibat dalam rampasan kuasa pada tahun 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast