NEW YORK – Rusia menuduh United Kingdom sengaja membuat cerita tipu dan ‘bermain dengan api’ berhubung kes serangan agen saraf ke atas bekas perisiknya.
Duta Moscow ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vasily Nebenzia berkata, Rusia telah memaklumkan kepada rakan sejawatnya yang Britain sedang bermain api dan negara itu akan menyesal.
Namun, wakil Britain di PBB, Karen Pierce berkata, negara itu akan terus mempertahannya.
Malah, Pierce berkata, permohonan Rusia untuk mengambil bahagian dalam siasatan serangan agen saraf itu sebagai menyiasat ‘kebakaran yang dilakukan sendiri’.
United Kingdom sebelum ini menuduh Rusia dalang di sebalik serangan itu dan ia dinafikan oleh Moscow.
Bekas perisik Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya Yulia ditemui tidak sedarkan diri di Salisbury pada 4 Mac lalu.
Yulis, 33, semakin pulih sekarang tetapi bapanya masih kritikal walaupun stabil.
Rusia telah memanggil mesyuarat khas Majlis Keselamatan PBB di New York untuk membincangkan serangan itu dan berkata Britain mempunyai “soalan yang sah” untuk dijawab.
Nebenzia berkata, tuduhan Britain ke atas negara itu “mengerikan dan tidak berasas” dan mendakwa United Kingdom sedang melancarkan “perang propaganda” terhadap Rusia.
Tambahnya, novichok – kumpulan agen saraf yang digunakan dalam serangan itu – bukan hak cipta oleh Rusia, walaupun nama senjata itu menggunakan nama “Rusia yang jelas” tetapi telah dibangunkan di banyak negara. – MalaysiaGazette