NEW YORK – Seorang maut manakala enam anggota bomba tercedera dalam insiden kebakaran di Menara Trump.
Laporan itu disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat New York.
Enam anggota bomba itu terlibat dalam operasi memadam kebakaran tersebut.
Polis telah mengenalpasti identiti lelaki yang meninggal dunia itu sebagai Todd Brassner, 67, penghuni tingkat 50 menara tersebut.
Mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal untuk rawatan segera namun disahkan meninggal dunia, kata jurucakap Jabatan Bomba, Angelica Conroy.
Brassner dikatakan tidak sedar diri semasa anggota bomba menarik mangsa dari bangunan semasa kebakaran itu, menurut Jabatan Polis New York.
Kebakaran berlaku di tingkat 50 Menara Trump yang terletak di First Avenue tetapi berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 9 malam, dua jam selepas kejadian itu.
Enam anggota bomba dikatakan mengalami kelecuran.
Pada masa yang sama, semasa kejadian keluarga Trump tidak berada di menara itu.
Sebelum berita kematian itu tersebar, Presiden Donald Trump mengucapkan tahniah kepada anggota bomba yang berjaya memadamkan api sepenuhnya.
Ini merupakan insiden kebakaran kedua selepas kebakaran kecil pada menara penyejuk di atas bumbung menara itu tiga bulan lepas.
Dalam kejadian itu, dua orang tercedera.- MalaysiaGazette