foto: Kementerian Antikuiti Mesir

KAHERAH – Sebuah kuil Greco-Roman ditemui di padang pasir di barat Mesir. Ahli arkeologi percaya kuil itu dibina pada tahun 200 Sebelum Masihi hingga 300 Selepas Masihi.

Kuil terebut ditemui di tapak arkeologi al Salam, kata Kementerian Antikuiti Mesir.

Dua buah patung harimau yang diperbuat daripada batu kapur, serpihan tembikar, duit syiling dan patung kepada lelaki turut ditemui di kawasan tersebut.

Bahagian hadapan serta tapak kuil kuil, dinding luar dengan ketebalan tiga kaki (0.3 meter) dan halaman dalam bangunan turut diteemui, lapor RT.

Tidak banyak tinggalan kuil yang dibina dalam era tersebut ditemui setakat ini.

Sebahagian daripada dinding kuil dengan rekaan Greco-Raman ditemui apabila ahli arkeologi mengalihkan runtuhan daripada kawasan tersebut, kata Ketua Jabatan Antikuiti Mesir, Ayman Ashmawy.

Rekaan kuil itu dipengaruhi senibina Mesir purba dengan paparan gaya Hellenistik dan Roman yang memerintah kawasan tersebut ketika itu.

Kuil itu ditemui di Oasis Siwa, penempatan paling terpencil Mesir di mana terdapat komuniti yang tinggal di situ pada tahun 10,000 Sebelum Masihi.

Ahli arkeologi berharap dapat mempelajari mengenai kehidupan komuniti yang tinggal di Oasis Siwa ketika itu.

Mereka dijangka melakukan kerja-kerja penggalian pada tahun depan, bermakna lebih banyak artifak akan ditemui. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast