Penasihat Kelab Ekspedisi Ke 7 Benua Penjelajahan Gran Slam Malaysia 2017, Datuk Akmar Hisham Mokhles bercakap pada Majlis Pelancaran Ekspedisi Ke 7 Benua Penjelajahan Gran Slam Malaysia 2017 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 24 NOVEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Desas desas di Parlimen Parit mengatakan penyandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan itu, Datuk Mohd. Zaim Abu Hassan akan memberi laluan kepada orang muda pada PRU-14.

Nama Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akhmar Hisham Mokhles hangat diperkatakan bakal menggantikan Mohd. Zaim.

Biar pun masih menjadi teka-teki namun dapat dilihat daripada kenyataan Mohd. Zaim jelas menunjukkan beliau menerima apa sahaja keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak.

“Beginilah, kalau ditanya semua orang (nak bertanding) semua akan kata ya, itu memang lumrah manusia.

“Jadi, biarlah pucuk pimpinan yang tentukan terbaik untuk saya dan Parit, saya tidak berhak ulas soalan ini,” katanya sebagaimana dilaporkan hari ini.

Akhmar, 46 tahun dikategorikan sebagai calon muda yang boleh mengekalkan penguasaan BN di Parit.

Anak tempatan kelahiran Kampung Baru Parit dan bekas wartawan Utusan Malaysia itu juga dikatakan giat berkempen sejak tahun lalu lagi malah turut mendapat restu pemimpin bahagian UMNO Parit.

Berdasarkan akar umbi, pengundi Parit menyokong penuh calon anak muda yang mampu ‘meremajakan’ kawasan itu.

Pada PRU-13, Parlimen Parit kekal milik BN apabila Mohd. Zaim mendapat majoriti 4,497 mengalahkan calon Pas, Muhammad Ismi Mat Taib yang hanya meraih 11, 756 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast