Home Dunia Gempa bumi di Jepun

Gempa bumi di Jepun

Gempa dasar laut yang kuat telah melanda utara New Zealand dan dikhuatiri berlaku tsunami di wilayah tersebut.- Gambar hiasan.

TOKYO – Lima orang cedera dan beberapa bangunan dan jalan raya rosak selepas gempa bumi melanda barat Jepun awal pagi ini.

Gempa cetek dengan 6.1 magnitud dilaporkan oleh Agensi Meteorologi Jepun, menggoncangkan pulau barat utama Honshu, 96 kilometer di utara Hiroshima.

Salah seorang yang cedera adalah remaja lelaki yang patah kaki selepas terjatuh dari katil.

Manakala lebih 100 isi rumah mengalami gangguan bekalan air dan 50 isi rumah lagi terpaksa bergelap selepas bekalan elektrik terputus.

Tetapi tidak ada masalah dilaporkan di stesen jana kuasa nuklear Shimane. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast