Home Dunia Lapangan tentera Syria dibedil

Lapangan tentera Syria dibedil

DAMACUS – Beberapa orang maut dan cedera selepas lapangan tentera di Syria dibedil dengan peluru berpandu, menurut agensi berita SANA.

Stesen televisyen Syria berkata, letupan kuat kedengaran berhampiran pangkalan udara T4 di bandar Homs, awal hari ini.

“Beberapa peluru berpandu membedil lapangan terbang Tayfur,” kata media itu.

Butiran terperinci mengenai serangan itu masih belum diperoleh.

Serangan itu berlaku di tengah-tengah kecaman global berhubung serangan kimia di bandar Douma yang mengorbankan berpuluh-puluh mangsa.

Semalam. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan Presiden Syria sebagai “haiwan” dan memberi amaran bahawa Bashar al-Assad bersama sekutu Iran dan Rusia mempunyai “harga besar yang perlu dibayar”. – MalaysiaGazette
.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast