Klopp sedang mengejar masa untuk memastikan penyerangnya Mo Salah cergas 100 peratus untuk diturunkan menjelang aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Man City di Etihad esok.

ENGLAND – Jurgen Klopp belum dapat memastikan sama ada Mohamed Salah cergas seratus peratus menjelang aksi menentang Manchester City malam Selasa ini.

Liverpool akan bertandang ke Stadium Etihad untuk berdepan the Citizens dalam perlawanan timbal balik suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

The Kops bertemu skuad Pep Guardiola dengan kelebihan tiga gol di tangan dan penuh yakin untuk menempah tiket ke separuh akhir.

Ia akan menjadi sejarah untuk Liverpool mara ke Separuh akhir selepas melakukannya kali terakhir pada tahun 2007.

Salah mengalami kecederaan dalam aksi pertama di Anfield sekaligus mencetuskan kebimbangan mengenai status pemain itu.

Salah juga tidak diturunkan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton Ahad semalam yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Klopp bagaimanapun mendakwa Salah sudah kembali ke latihan skuad dan akan membuat keputusan sama ada dia akan beraksi pada Selasa ini.

“Dia telah kembali berlatih bersama pasukan semalam, tetapi kita perlu tunggu sehingga esok untuk menentukan nasibnya,” katanya.

Pada masa yang sama, Klopp menegaska dia tidak akan mengubah strategi permainan skuadnya menghadapi City di Etihad yang dianggap sukar menundukkannya.

Ditanya sama ada pasukannya adalah pilihan melangkah ke separuh akhir, Klopp bagaimanapun menyatakan dia tidak berminat untuk meramalkan apa-apa sekarang.

“Masih ada banyak yang perlu dilakukan. terlalu awal untuk meramalkan nasib kedua-dua pasukan,” tegas bekas pengurus Borussia Dortmunds itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast