LONDON – Adidas sedang mengadakan rundingan peringkat akhir dengan Arsenal untuk memuktamadkan kontrak penajaan £40 juta (RM218.6 juta) setahun.
The Gunner ketika ini terikat dengan kontrak bersama Puma yang akan berakhir pada musim hadapan.
Kini Arsenal megambil langkah awal untuk mencari penaja baharu.
Sportsmail difahamkan syarikat gergasi pakaian sukan terkemuka, Adidas, berada pada kedudukan terbaik untuk muncul sebagai pengeluar pakaian sukan kelab itu bagi menggantikan Puma.
Kontrak semasa Arsenal bersama Puma bernilai £30 juta (RM164 juta) semusim tetapi Adidas memberi isyarat bahawa mereka bersedia untuk melabur di kelab tersebut.
Bagaimanapun Puma difahamkan mempunyai pilihan untuk bersaing sebarang bidaan yang dikemukan pesaingnya memandangkan ada syarikat lain turut berminat berurusan dengan Arsenal.
Malah nilai kontrak baharu bersama Adidas dikatakan bakal meningkat sekiranya Arsenal kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan jika menjulang Piala Liga Europa musim ini. – MalaysiaGazette