Foto Instagram Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR –  Bekas isteri Datuk Khalid Muhd Jiwa (Datuk K), Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham membuat kejutan apabila melawat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan puterinya, Siti Aafiyah.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Siti berkongsi saat-saat indah  itu menerusi satu foto bersama.

“Alhamdullillah. My pleasure DS Kak Tengku. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga. Amin ya rabb,” tulis Siti.

Seperti dijangka, peminat memuji dan kagum dengan sikap Zawyah yang meluangkan masa semata-mata untuk melihat bayi comel itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast