ALGIERS – Sebuah pesawat tentera Algeria terhempas berhampiran pengkalan tentera Boufarik, Algeria.

Agensi berita, Algerie Presse berkata, pesawat jenis Ilyushin itu menuju ke Bechar di barat laut negara tersebut

Pasukan kecemasan dikerahkan ke kawasan kemalangan tersebut. Bagaimanapun tiada angka mangsa dilaporkan setakat ini, lapor AP.

Boufarik terletak di utara Algeria, berhampiran Laut Mediterranean, kira-kira 30 kilometer dari ibu negara, Algiers.

Rangkaian radio Algeria berkata, lebih daripada 100 orang terbunuh.

Sementara itu, BBC melaporkan, ramai dikhuari terbunuh dalam insiden itu.

Sumber tempatan yang dipetik menyatakan, angka kematian melebihi 200 orang.

Laporan berita televisyen berkata, sebanyak 14 buah ambulan berada di tempat kejadian dan mereka yang cedera dibawa ke hospital – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast