BRAZIL – Sejumlah banduan di penjara di Belem, Brazil maut selepas terlibat dalam rusuhan.
Banduan-banduan itu dipercayai dibantu oleh kumpulan bersenjata dari luar yang menggunakan bahan letupan di salah sebuah bangunan penjara itu.
Mereka yang maut terdiri daripada seorang pengawal, 19 banduan dan beberapa pihak luar.
Empat orang pengawal dilaporkan cedera termasuk seorang dalam keadaan serius.
Pertempuran, di Kompleks Penjara Santa Izabel di luar ibu negara Para menjadi sengit seperti dalam perang, kata pihak keselamatan negeri Para di dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pengawal penjara menghadapi serangan dari dalam dan luar.
Pihak berkuasa kini sedang mengenal pasti sama ada mana-mana banduan yang berjaya melarikan diri. – MalaysiaGazette