GOLD COAST – Datuk Lee Chong Wei merangkul pingat emas dalam final acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel 2018 di sini sebentar tadi.
Kejayaan itu membolehkan pemain nombor satu negara menghadiahkan emas keenam buat kontinjen negara.
Dalam perlawanan di Carrara Sports and Leisure Centre, Chong Wei menewaskan pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India 19-21, 21-14, 21-14.
Sebelum ini, dalam acara berpasukan, Chong Wei tewas kepada pemain muda itu dalam perlawanan akhir.
Ini adalah pingat emas ketiga Chong Wei dalam edisi Sukan Komanwel pada acara perseorangan lelaki selepas memenanginya pada 2006 dan 2010. – MalaysiaGazette