Home Dunia Serangan kimia di Syria, kuasa dunia tidak tutup mata

Serangan kimia di Syria, kuasa dunia tidak tutup mata

Kanak-kanak antara mangsa serangan kimia di Douma, Syria pada 7 April lalu. foto Guardian

LONDON – Kuasa-kuasa dunia tidak akan menutup mata berhubung penggunaan senjata kimia, kata Setiausaha Luar Negara United Kingdom, Boris Johnson.

Beliau kenyataan itu selepas sehari Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan serangan ke atas Syria yang mensasarkan pangkalan tentera.

Damascus dan Homs dibedil susulan serangan senjata kimia di Douma.

Johnson berkata, negara-negara dunia perlu tahu perlakuan sebenar Presiden Syria, Bashar al-Assad yang tidak dapat ‘lari daripada menggunakannya”.

Johnson menyifatkan penggunaan senjata toksik sebagai “jahat, sakit dan tidak bertamadun” sambil menambah ia adalah “corak” tingkah laku rejim Syria.

Beliau berkata, kuasa barat di PBB telah berusaha menghalang penggunaan peperangan kimia yang didakwa sudah menjadi “tabu global yang berkesan”.

United Kingdom percaya rejim Assad bertanggungjawab terhadap serangan terhadap orang awam pada 7 April lalu.

Amerika Syarikat dan Perancis pula mengatakan mereka mempunyai bukti tersebut.

Tetapi Syria sentiasa menafikan penggunaan kimia dan mengatakan serangan itu dibuat oleh pemberontak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast