Home Dunia Barbara Bush meninggal dunia

Barbara Bush meninggal dunia

Barbara Bush

WASHINGTON – Barbara Bush, bekas wanita pertama Amerika Syarikat meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Kenyataan dari pejabat George HW Bush menyatakan Barbara merupakan penyokong kuat keluarga.

Beliau adalah satu-satunya wanita yang melihat suami dan anak lelakinya mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Barbara yang tidak sihat sejak sekian lama telah menolak untuk mendapatkan rawatan lanjutan kerana mahu menghabiskan sisa-sisa masanya dengan keluarganya.

Anak lelakinya, George W Bush dipilih sebagai presiden pada tahun 2000 selama dua penggal, merupakan pemimpin Amerika Syarikat ke-43. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast