WASHINGTON – Pengarah Agensi Siasatan Pusat Amerika Syarikat, Mike Pompeo telah ke Pyongyang untuk mengadakan pertemuan rahsia dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Media Amerika Syarikat melaporkan perjumpaan itu bertujuan mengadakan perbincangan langsung antara Presiden Donald Trump dan Jong-un.
Pertemuan itu dikatakan berlangsung pada awal 8 April lalu, menurut laporan Washington Post dan Reuters yang memetik sumber sebagai berkata.
Terdahulu, Trump mengakui Amerika Syarikat telah mengadakan perbincangan secara langsung dengan Korea Utara pada peringkat tertinggi ketika menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Florida.
“Kami telah mengadakan rundingan di peringat paling tertinggi,” kata Trump sambil menambah sedang mempertimbangkan lima lokasi untuk pertemuan dengan Jong-un.
Dipercayai perbincangan dua hala itu mungkin diadakan di Tokyo, juga di Jepun – kedua-dua sekutu dengan Amerika Syarikat dan jiran kepada Korea Utara. – MalaysiaGazette