Home Dunia Tikam mangsa masukkan nama dalam kumpulan Whatsapp LGBT

Tikam mangsa masukkan nama dalam kumpulan Whatsapp LGBT

JAKARTA – Seorang lelaki ditahan selepas didakwa membunuh seorang mangsa yang dikenali sebagai Ali, 33, yang mayatnya ditemui di Waru di Cawang, Jakarta Timur, malam Isnin lalu.

Suspek dipercayai bertindak demikian kerana terlalu marah apabila mangsa bertindak memasukkan namanya dalam kumpulan Whatsapp lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

Jurucakap Polis Jakarta, Komisioner Kanan, Argo Yuwono berkata, polis telah menahan Petrus Paulus Ualubun, 21, di rumahnya di Cikarang, Jawa Barat, pada pagi Selasa.

“Suspek sangat marah kepada Ali yang memasukkan namanya dalam kumpulan LGBT WhatsApp kerana suspek bukan sebahagian daripada kumpulan itu.

“Suspek telah berjumpa dengan mangsa dan kemudian bertindak menyerang dan membunuh Ali,” kata Argo.

Ali yang menetap di Tanjung Priok di utara North Jakarta ditemui mati dengan kesan luka tikaman. – MalaysiaGazette