NEW YORK – Ahli gusti terkenal Amerika Syarikat, Bruno Sammartino meninggal dunia pada usia 82 tahun.
WWW Hall of Fame mengesahkan kematian Sammartino dan laman sesawang WWE (World Wrestling Entertainment) mengumumkannya.
Sammartino yang terkenal dengan jolokan ‘The Living Legend’ adalah warga Itali yang kemudian berhijrah ke Pittsburgh, Pennsylvania selepas Perang Dunia Kedua.
Semasa kecil, Sammartino menetap di Pizzoferrato yang kemudian menjadi penempatan tentera Jerman, menyebabkan keluarganya melarikan diri di kawasan pergunungan sekitar Abruzzo sebelum tiba ke Amerika Syarikat.
Kisah hidup Sammartino diibatkan sebagai ‘impian Amerika’.
Sebelum menjadi seorang yang gagah, beliau sentiasa dibuli di sekolah kerana tidak fasih berbahasa Inggeris dan berbadan kecil.
Sammartino kemudian memulakan karier dengan mengangkat berat dan mendapat perhatian daripada Pengerusi WWE, Vincent McMahon selepas memecah rekod dunia pada tahun 1959. – MalaysiaGazette