Home Dunia eSwatini nama baru negara Swaziland

eSwatini nama baru negara Swaziland

Raja Mswati III

MBABANE – Raja Mswati III, pemerintah di Swaziland mengumumkan nama baru negara itu kepada The Kingdom of eSwatini.

Monarki itu membuat pengumuman itu sempena 50 tahun kemerdekaan negara di sebuah stadium.

Sambutan kemerdekaan itu juga sempena ulang tahun ke-50 Raja Mswati III.

Nama eSwatini bermaksud ‘tanah Swazis’.

Perubahan nama itu tidak dijangkakan tetapi Raja Mswati III telah menggunakan eSwatini bagi merujuk Swaziland sejak sekian lama.

Raja Mswati III pernah menggunakan perkataan sSwatini semasa pembukaan Parlimen pada tahun 2014 dan semasa berucap di Perhimpunan Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2017.

BBC melaporkan pengumuman perubahan nama itu telah menimbulkan kemarahan beberapa negara yang menyifatkan raja itu sepatutnya fokus kepada kelembapan ekonomi negara itu.

Kepimpinan Swaziland telah dikritik oleh aktivis hak asasi manusia kerana melarang parti politik dan diskriminasi wanita. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast