Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Perasmian Institut Kanser Negara (IKN) di IKN, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 24 APRIL 2018
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Perasmian Institut Kanser Negara (IKN) di IKN, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 24 APRIL 2018

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini secara peribadi memberikan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sentiasa setia bersama Barisan Nasional (BN).

Dalam ucapan perasmian Institut Kanser Negara (IKN), Najib turut menyampaikan pantun empat kerat yang ditujukan khas kepada kesetiaan Abdullah terhadap kepimpinan beliau  biarpun ada seorang lagi bekas Perdana Menteri yang kini menentangnya.

“Sungguhpun di Selangor terjumpa baldi,

Kes denggi tertinggi tetap kita perangi,

Biarlah pemimpin itu bawa diri ke Langkawi,

Yang penting Pak Lah kekal disisi.

Bagaimanapun, Abdullah yang dijadualkan hadir dalam majlis sama tidak kelihatan didakwa atas faktor kesihatan.

Dalam rangkap ketiga, Najib turut berkata beliau, tidak kisah dengan penglibatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu yang menjadi calon di Langkawi.

Secara sinis, Najib berkata “Biarlah pemimpin itu bawa diri ke Langkawi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast