Home Politik Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan calon PPBM di Parlimen Parit

Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan calon PPBM di Parlimen Parit

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) memperkenalkan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota Azrol Hakim Azhar (kiri), calon DUN Manong Muhammad Isa Jaafar (dua, kanan) dan calon DUN Belanja Yahanis Yahya (kanan) pada Ceramah Mega Pakatan Harapan.
SERI ISKANDAR, 25 April -- Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) memperkenalkan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota Azrol Hakim Azhar (kiri), calon DUN Manong Muhammad Isa Jaafar (dua, kanan) dan calon DUN Belanja Yahanis Yahya (kanan) pada Ceramah Mega Pakatan Harapan malam ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Mungkin sudah tahu sukar untuk memenangi kerusi Parlimen Parit, Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Tarmizi Mohd Jam sebagai calon untuk berdepan Barisan Nasional (BN) dan Pas pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), 9 Mei depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa ceramah Pakatan Harapan yang berlangsung di Bandar Universiti, semalam.

Yang diangkat sebagai calon adalah Ahmad Tarmizi yang merupakan Pengerusi Parti Amanah Wilayah Persekutuan.

Biarpun calon anak tempatan, namum menurut sumber Malaysia Gazette, beliau tidak digemari pengundi tempatan.

“Beliau memang anak tempatan, tetapi beliau tidak ada di sini. Asyik sibuk dengan jawatan selaku pengerusi PAN sahaja.

“Macam mana kami nak undi beliau, lebih baik kami undi calon yang memang tinggal di sini,” katanya.

Selain PAN di kerusi Parlimen Parit, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut meletakkan calonnya di kerusi DUN Belanja.

Yohanis Yahaya yang merupakan seorang akauntan akan mewakili PPBM dengan menggunakan logo PKR.

Sementara N40 Bota, PH turut meletakkan Azrul Hakim Azhar sebagai calon.

PPBM hanya diberikan satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN di Perak. -MalaysiaGazette