Home Dunia 7 pelajar maut ditikam, 12 cedera

7 pelajar maut ditikam, 12 cedera

BEIJING – Sekurang-kurangnya tujuh pelajar ditikam hingga mati dan 12 lagi cedera di serang oleh seorang lelaki di luar sekolah di Shaanxi.

Kejadian itu berlaku semasa para pelajar berkenaan dalam perjalanan balik ke sekolah.

Suspek yang juga bekas pelajar di sekolah berkenaan kini ditahan polis.

Difahamkan suspek yang berusia 28 tahun itu bertindak ganas untuk membalas dendam kerana pernah dibuli semasa di tahun tiga semasa bersekolah.

Polis berkata, pelajar yang maut itu terdiri daripada lima perempuan dan dua lelaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast