PYONGYANG – Lokasi ujian nuklear Korea Utara akan ditutup pada bulan Mei ini, menurut pejabat Presiden Korea Selatan.
Jurucakap berkata, penutupan tapak Punggye-ri akan dilakukan dalam kalangan pakar awam dan asing dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat akan dijemput untuk menyaksikannya.
Jumaat lalu, pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in bersetuju untuk bekerjasama untuk menjadikan Semenanjung Korea bebas dari senjata nuklear.
Presiden Donald Trump berkata, beliau mahu mengadakan perbincangan dengan pemimpin Korea Utara dalam tempoh tiga atau empat minggu mengenai penamatan nuklear di Semenanjung Korea.
Pejabat Presiden Moon juga berkata, Korea Utara akan mengubah zon – pada masa sekarang berbeza 30 minit – mengikut masa Korea Selatan.
Bagaimanapun, setakat ini Korea Utara tidak membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Terletak di kawasan pergunungan di utara-timur, lokasi itu dianggap sebagai kemudahan utama nuklear Korea Utara.
Ujian nuklear dijalankan dalam sistem terowong yang digali di bawah Gunung Mantap, berhampiran tapak Punggye-ri.
Enam ujian nuklear telah dijalankan di sana sejak tahun 2006.
Selepas yang terakhir, pada September 2017, satu siri gempa susulan melanda tapak tersebut, yang ahli seismologi percaya berlaku runtuhan di kawasan pergunungan itu. – MalaysiaGazette