Fazura, Rossa
Fazura. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 02 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Bukan kali pertama Fazura dikritik oleh netizen yang mendakwa suaranya sumbang tetapi dia tetap mengeluarkan single.

Baru-baru ini Fazura menerusi duet bersama penyanyi tersohor Indonesia, Anggun mengeluarkan lagu bertajuk The Good Is Back sekali lagi dikritik hebat.

Tetapi ia tidak mematahkan semangat Fazura, sebaliknya menerima kritikan secara terbuka.

“Saya terima semua kritikan itu dengan hati yang terbuka. Biasalah, kita perlu berdepan dengan semua cabaran seperti itu untuk berjaya.

“Diakui, lagu itu paling sukar untuk saya nyanyikan, ditambah dengan vokal Anggun yang sangat hebat,” katanya dipetik sebagai berkata.

Selain itu, peminat juga membandingkan duet Anggun bersama rakan artis senegaranya iaitu Rossa yang dikatakan lebih lunak suaranya berbanding Fazura.

“Apabila dia memilih saya untuk menjadi rakan duet, saya sahut cabaran itu dengan memberikan yang terbaik mengikut kemampuan diri. Saya tak kisah pun jika ada yang membandingkan nyanyian kami, setiap penyanyi mempunyai cara nyanyian berbeza,” tambahnya.

Terkini lagu tersebut mendapat lebih 150,000 tontonan. – MalaysiaGazette