Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P.138 Kota Melaka, Eric Choo Wei Sern (kanan) mengedarkan risalah kempen kepada sebahagian penduduk sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Little India, Melaka. foto AQIRA AZEMI, 01 Mei 2018.

MELAKA – Ramai menganggap ia satu yang mustahil namun calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Melaka, Eric Choo Wei Sern ia satu misi yang perlu dilakukannya.

Pada aksi sulung di gelanggang PRU-14, beliau mencabar dua `orang lama’ iaitu Setiausaha DAP negeri, Khoo Poay Tiong dan bekas Pengerusi DAP negeri, Goh Leong San.

“Kali ini memang amat mencabar sebab lawan saya kedua-dua adalah ‘gergasi’ dalam Parlimen Kota Melaka tetapi sebenarnya kedua-dua gergasi ini masih ‘tidur’.

“Sudah lama mereka menjadi wakil rakyat tetapi jarang nampak. Bila perlukan bantuan, rakyat perlu minta tolong daripada BN,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette selepas sesi bertemu pengundi di Little India hari ini.

Bagi Eric, latar belakang lawan tidak sedikit pun menggetarkan hatinya dan yakin tidak mustahil meraih kemenangan seperti dicipta bekas Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee pada tahun 2004.

“Tak cuba tak tahu. Kita cuma pernah menang sekali pada dalam tempoh 15 tahun, pada tahun 2004. Wong Nai Chee juga berusia 35 tahun ketika itu. Sama dengan saya sekarang dan ketika orang semua kata tak mungkin (menang),” katanya peguam muda itu.

Apa yang penting, katanya, keikhlasan untuk menolong dan berjumpa rakyat.

“Saya cuma merayu kalau sekalipun saya tak menang, jangan bagi saya kalah teruk,” kata Eric berseloroh.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast