SINGAPURA – Singapore Airlines (SIA) telah menghentikan hidangan kacang tanah sebagai snek kepada semua kelas penumpang sejak awal bulan ini.
Sebaliknya, syarikat penerbangan itu menyajikan gajus, macadamia dan walnut bagi penumpang kelas suites dan pertama manakala kacang badam dan gajus untuk kelas perniagaan dan ekonomi premium.
Manakala bungkusan snek mengandungi kacang peas dan keropok menggantikan kacang tanah bagi kelas ekonomi.
Pada 12 Julai tahun lalu, seorang kanak-kanak Marcus Daley mengalami muntah-muntah selepas makan kacang tanah dalam pesawat SQ217 dari Singapura ke Melbourne.
Insiden itu menyebabkan berlaku perbahasan sama ada kacang tanah itu perlu dihidangkan dalam penerbangan atau sebaliknya.
Walaupun pengharaman kacang tanah bukanlah norma untuk syarikat penerbangan di seluruh dunia, beberapa syarikat penerbangan utama seperti Qantas dan Air New Zealand telah berhenti menyediakan makanan ringan itu. – MalaysiaGazette