Rakaman menunjukkan seekor singa sedang menyeret lelaki yang memasuki kandang di pusat perlindungan haiwan di Marakele, foto Agensi

CAPE TOWN – Seorang lelaki tua cedera parah diserang oleh seekor singa di perlindungan binatang Marakele, di Limpopo, Afrika Selatan.

Sebelum kejadian berlaku, singa itu berada di kandang berwayar, jauh dari pintu masuk kandang yang telah ditutup oleh pekerja.

Menerusi rakaman menunjukkan lelaki itu seolah-olah memandang sekeliling dan menendang sedikit kotoran sebelum beralih ke tempat asal – saat itu singa berkenaan dapat mengesan mangsa dan meluru ke arah lelaki tersebut.

Mangsa cuba berlari ke pinta tetapi pantas ditangkap oleh singa lalu menyeret mangsa menyebabkan lelaki tersebut menjerit.

Jeritan mangsa mendapat perhatian daripada pengunjung lain termasuk anak mangsa yang kemudian menjerit meminta bantuan.

Mangsa kemudian diseret ke kawasan belukar, yang mana saat itu tembakan kedengaran.

Tidak jelas sama ada singa atau lelaki itu yang ditembak.

Mangsa kini dalam unit jagaan rapi hospital akibat kecederaan di rahang dan leher. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast