Syed Rosli bersalaman dengan bekas ADUN Pandan, Datuk Md. Aris (kiri) yang mengetuai ceramah kempen Barisan Nasional di Pusat Daerah Mengundi Ampang Hilir baru-baru ini.
Syed Rosli bersalaman dengan bekas ADUN Pandan, Datuk Md. Aris (kiri) yang mengetuai ceramah kempen Barisan Nasional di Pusat Daerah Mengundi Ampang Hilir baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Gandingan baharu dan lama calon Barisan Nasional (BN) serta perpaduan dalam jentera bakal memungkinkan Selangor berjaya dirampas semula pada PRU-14 ini.

Penganalisis politik, Syed Rosli Jamalulail berkata, kesepakatan jentera BN kali ini nampak luar biasa berbanding sebelum ini.

Ia, katanya, ramuan terbaik untuk menafikan kemenangan Pakatan Harapan mahu pun Pas kali ini.

“Momentum kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar masih dirasai selain situasi semasa berpihak kepada BN dan  tidak mustahil kita dapat tawan semula Selangor,” ujarnya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Ketua Penerangan UMNO Cawangan Bandar Cempaka itu juga menegaskan, pertandingan lebih dua penjuru juga memberi kelebihan kepada BN.

“Parti masing-masing ada penyokong tegar mereka cuma pengundi atas pagar dan anak muda menjadi penentu dalam memberi undi kemenangan.

“Dalam konteks ini, mungkin mereka memberi undi kepada BN yang sudah terbukti kemampuan dan mungkin ada yang kecewa dengan parti masing memilih BN sebagai alternatif,” ujarnya.

Mengambil contoh gerak kerja BN di Parlimen Pandan sahaja, Syed Rosli nampak gelora sambutan kepada BN seakan-akan sudah kembali dan perarakan calon semasa penamaan calon tempohari membuktikannya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast