Nik Omar menjelaskan kepada umum mengenai kedudukannya dalam keluarga dan tidak ada masalah dengan bondanya.
Nik Omar Nik Abdul Aziz antara nama penceramah yang dibenarkan dimasukkan dalam slot keagamaan (Islam) di RTM.

SHAH ALAM – Anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz menyindir ada pemimpin Pas berstatus tok guru bermimpikan ayahnya, Almarhum Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Nik Omar berkata, tok guru itu itu melihat ayahandanya berpakaian ringkas mengenakan baju t-shirt di mana belakangnya tertera wajah pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ada orang hantar viral, dia kata, ada seorang itu dia mimpi, tok guru juga, dah musim mimpi, lepas itu malaikat turun selalu insya-Allah, jadi dia mimpi juga.

“Dia kata dia tengok tok guru, rilek jer jalan pakai t-shirt dia kata. Cuma yang dia pelik belakang baju tok guru ada gambar Tun Mahathir,” katanya sinis semasa berucap pada Majlis Minum Petang bersama calon PH Parlimen Shah Alam, DUN Kota Anggerik dan DUN Batu Tiga di Seksyen 8 di sini hari ini.

Calon Pakatan Harapan N.06 Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz (dua kanan) bersama calon Pakatan Harapan P.108 Shah Alam, Khalid Abdul Samad (kanan), calon Pakatan Harapan N.41 Batu Tiga, Rodziah Ismail (kiri) dan calon Pakatan Harapan N.40 Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi (dua kiri) mengangkat tangan sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Majlis Grand Hi-Tea Bersama Nik Omar di Padang Futsal Seksyen 8, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 03 MEI 2018.Nik Omar sindir Hadi mimpi Tok Guru pakai t-shirt Tun M

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah pada Isnin lalu mendedahkan beliau dihubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bermimpikan bapa Nik Omar datang dalam keadaan tempang.

Mohamad Amar membayangkan mimpi itu sebagai keputusan Nik Omar meninggalkan Pas dan menyertai PH sebaik sahaja beliau disahkan menjadi calon PH selepas hari penamaan calon pada 28 April lalu.

Nik Omar selaku calon PH kerusi DUN Chempaka juga berkata, meskipun beliau menyertai bekas pakatan tahaluf siyasi Pas, namun ia tidak bermakna untuk mengajak rakyat meninggalkan Islam.

“Ambo tak ajak lawan Islam sebab agenda Islam PH akan teruskan lagi sebab dia tak berkait dengan agama.

“Saya tak ajak adik kakak lawan Islam, tapi ajak pegang al-Quran, ajak junjung harapan di peringkat nasional dan negeri.

“Hamba tak ajak adik kakak pegang senjata tapi pegang kalam Allah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast