Exco Pemuda UMNO, Dazma Daud
Exco Pemuda UMNO, Dazma Daud bersama sebahagian NGO bercakap kepada media mengenai ucapan ceramah parti Pakatan Harapan (PH) pada malam 2 mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2018

PETALING JAYA – Tindakan calon PKR DUN Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri hanya mengundang padah kerana telah mengguris hati ribuan pasukan keselamatan negara dengan menyamakannya dengan watak filem Ali Baba dan 40 penyamun.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dazma Daud berkata, kenyataan daripada calon pembangkang muka baharu itu bukan sahaja menghina bahkan telah memfitnah anggota keselamatan yang tidak terlibat dengan kancah politik mana-mana pihak.

“Kami amat tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut kerana ia telah menghina serta memfitnah anggota-anggota keselamatan, hakim dan semua terlibat (menjaga keselamatan negara).

“Saya rasa waktu pilihan raya ini adalah cukup sekadar menghina parti lawan mereka.

“Jangan libatkan anggota-anggota keselamatan yang menjaga keselamatan negara ini dengan fitnah itu,” katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Exco Pemuda UMNO, Dazma Daud
Exco Pemuda UMNO, Dazma Daud bersama sebahagian NGO bercakap kepada media mengenai ucapan ceramah parti Pakatan Harapan (PH) pada malam 2 mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2018

Terdahulu beliau bersama empat badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Pakatan Harapan (PH) dan calonnya, Syamsul Firdaus kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan fitnah ke atas anggota keselamatan.

Kenyataan itu berdasarkan kepada rakaman video berdurasi 24 saat Ceramah Perdana PH di Taman Medan, di sini pada Rabu lalu yang memaparkan calon PKR itu membandingkan anggota keselamatan dengan salah satu watak dari filem Tan Sri P. Ramlee sebagai 40 penyamun.

Syamsul Firdaus dalam rakaman video berkenaan turut mengungkapkan persamaan antara 40 penyamun itu dengan anggota keselamatan, merangkumi polis, tentera dan hakim.

Dazma turut memberi amaran keras kepada mana-mana calon pembangkang PRU14 agar tidak mengamalkan politik gangsterisme dengan menamakan anggota keselamatan dan pegawai kerajaan sebagai penyamun.

Exco Pemuda UMNO, Dazma Daud (tengah) bersama sebahagian NGO menunjukkan laporan polis mengenai ucapan ceramah parti Pakatan Harapan (PH) pada malam 2 mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2018

“Hari ini cara kita berpolitik perlu lebih matang, jangan cuba raih undi dengan meletakkan anggota keselamatan sama seperti penyamun yang dinyatakan oleh calon berkenaan.

“Kalau beliau mengakui kesilapan ini, mereka perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua anggota keselamatan dalam negara ini dengan kadar segera,” katanya – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast