Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) beramah mesra dengan sebahagian penyokong yang hadir pada Ceramah Pakatan Harapan di Tapak Expo Simpang Renggam, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 03 MEI 2018.
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) beramah mesra dengan sebahagian penyokong yang hadir pada Ceramah Pakatan Harapan di Tapak Expo Simpang Renggam, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 03 MEI 2018.

SIMPANG RENGGAM – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kerajaan Barisan Nasional (BN) banyak membangunkan negara sejak negara merdeka lebih 60 tahun lalu.

Malah bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengiktiraf kejayaan Malaysia sampai dikenali di peringkat antarabangsa.

Namun kini beliau mendakwa ramai menganggap imej Malaysia kini sudah tercemar kerana reputasi buruk pucuk pimpinan negara sehingga digelar kleptokrasi.

Muhyiddin berkata demikian dalam ceramah kempennya di Taak Eskpo Simpang Renggam malam tadi.

Hadir sama, calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, calon kerusi Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, calon kerusi Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Muhyiddin mendakwa hutang negara kini melebihi RM 1 trillion disebabkan pemimpin BN sekarang tidak tahu menguruskan negara.

Katanya, disebabkan tiada wang kerajaan terpaksa mengenakan cukai kepada rakyat dan pada masa sama, membuat pinjaman di dalam dan luar negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast