Mohamed Salah mampu menjadi legenda The Reds jika dia berjaya membantu pasukan itu menewaskan Real Madrid sekaligus merangkul kejuaraan trofi Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini. Foto Alex Livesey/Getty Image
Mohamed Salah mampu menjadi legenda The Reds jika dia berjaya membantu pasukan itu menewaskan Real Madrid sekaligus merangkul kejuaraan trofi Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini. Foto Alex Livesey/Getty Image

LONDON – Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher menyatakan Mohamed Salah mampu menjadi legenda The Reds jika dia berjaya membantu pasukan itu menewaskan Real Madrid, sekali gus merangkul kejuaraan trofi Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini.

Liverpool berjaya melangkah ke pentas akhir Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama sejak 2007 selepas menyingkirkan AS Roma pada peringkat separuh akhir dengan agregat 7-6.

Salah antara pemain yang paling berpengaruh membantu Liverpool mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Dia berjaya menyumbat dua gol pada perlawanan pertama dan membantu The Reds mencatatkan kemenangan 5-2 di Anfield 24 April lalu.

Setakat ini, Salah telah meledak 45 gol dalam 52 penampilan dan merangkul pelbagai anugerah bersama Liverpool.

Sejak berpindah ke England dari Roma pada musim panas lalu, pemain berusia 25 tahun itu tampil dengan aksi luar biasa berbanding ketika menyarung jersi Chelsea antara tahun 2013 dan 2015.

Prestasi cemerlang pemain kelahiran Mesir ini membuatkan Carragher menyifatkan kehadiran Salah di Anfield telah banyak memberi kesan yang mendalam buat skuad tersebut.

Malah, Carragher juga beranggapan Salah jauh lebih hebat dari dua penyerang yang pernah dimiliki The Reds sebelum ini, iaitu Fernando Torres dan Luis Suarez.

Temubual bersama Carragher yang dipetik daripada Goal.com, dia sebagai berkata: “Hal ini sukar untuk dipercayai, banyak rekod berjaya dipecahkan oleh Salah sejak menyertai Liverpool,”.

“Terdapat begitu banyak statistik baru mengenai dia (Salah), setiap minggu dilakukanya. Salah juga sudah memecah rekod dari tahun 1930-an dan 1940-an.

“Apa yang membezakan dia (Salah) dengan Luis Suarez, Salah berjaya menjaringkan gol di setiap perlawanan besar.

“Suarez dan Torres mungkin pemain yang lebih baik sepanjang musim bersama Liverpool tetapi Salah hanya memerlukan satu musim untuk mencipta sejarah di Liverpool,” katanya. – MalaysiaGazette