Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Johor merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Bakri, Muar, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 07 MEI 2018.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Johor merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Bakri, Muar, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 07 MEI 2018.

MUAR – Pengundi di Bakri perlu memikirkan kesan jangka panjang tawaran yang dibuat Barisan Nasional (BN) bagi menjadikan Bakri sebagai bandar perabut.

Berikutan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin mahu pengundi Muar bijak dalam memilih parti yang akan mentadbir menegeri itu.

“Saya berharap penduduk di Bakri, Muar khususnya tidak menjejaskan peluang yang ada ini bagi membangunkan Muar secara tersusun khususnya mempunyai industri perabut yang memiliki teknologi pengeluaran, pemasaran yang kompetitif,” katanya.

Khaled yang merupakan calon BN Parlimen Pasir Gudang menyatakan demikian selepas majlis penyampaian Sijil Tawaran Rumah Mampu Milik (RMMJ) kepada 15 penerima di Taman Bakri Setia di sini semalam.

Hadir sama calon Parlimen Bakri, Koh Chon Chai; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bentayan, Lee Kim Heng dan Simpang Jeram, Datuk Mohd. Radzi Md. Amin.

Sementara itu, Khalid berkata, kerajaan negeri merancang membina 2,000 RMMJ menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, pihaknya akan memberi perhatian mengenai perancangan tersebut khususnya di daerah Muar bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast