NIGERI – Sekumpulan penjenayah yang mencuri ternakan membunuh 51 orang dewasa dan kanak-kanak serta membakar kediaman di perkampungan di utara Nigeria.
Kebanyakan mangsa yang maut di Gwaska, di kawasan Birnin Gwari di negeri Kaduna terdiri daripada kanak-kanak berusia 10 tahun dan mayat-mayat mereka dimusnahkan.
Saksi-saksi berkata, penyerang yang mengepung Gwaska pada petang Sabtu lalu membakar kediaman dan melepaskan tembakan hingga mengakibatkan penduduk panik.
Penduduk menuntut Presiden Muhammadu Buhari kawalan polis dan tentera untuk melindungi keganasan di perkampungan yang bersempadan dengan Zamfara.
Bulan lalu, 14 pelombong terbunuh dalam serangan oleh sekumpulan lelaki di kawasan Birnin Gwari.
Penduduk Gwaska berkata, penyerang sebelum ini dalam kalangan pencuri ternakan dan kini menjadi ganas. – MalaysiaGazette