Uyaina Arshad (tengah) muncul sebagai juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang julung kali dianjurkan stesen TV Indosiar di Jakarta, malam tadi.
Uyaina Arshad (tengah) muncul sebagai juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang julung kali dianjurkan stesen TV Indosiar di Jakarta, malam tadi.

JAKARTA – Bermula dengan menjuarai Pertandingan Pencarian Nona Manis, siapa sangka tuah sekali lagi berpihak pada Uyaina Arshad atau nama sebenarnya Naseha Uyaina Arshad.

Personaliti dan pengacara Wanita Hari Ini (WHI) TV3 ini telah mengharumkan nama negara dengan muncul sebagai juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang julung kali dianjurkan stesen TV Indosiar di Jakarta, malam tadi.

Uyaina telah menewaskan dua lagi calon iaitu Hanifah Razan, pemenang tempat kedua dari Indonesia dan Avida Lale dari Turki yang memenangi tempat ketiga.

Lebih manis apabila pertandingan yang pertama kali diadakan ini telah menghimpunkan 18 peserta dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.

Dalam pertandingan itu, Uyaina telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan trofi dan turut disaksikan pelakon terkenal, Erra Fazira yang bertindak sebagai juri dari Malaysia.

Turut diumumkan, Anugerah Puteri Muslimah Persahabatan Asia 2018 yang dimenangi Mala Daud dari Brunei Darussalam, Puteri Muslimah Berbakat Asia 2018 (Beyza Demir – Turki) dan Puteri Muslimah Favorit Asia 2018 (Avida Lale – Turki). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast